top of page
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White YouTube Icon

Aidel, Gitaris

Nama diberi Aidelah Bin Ahmad. Dilahirkan di Hospital Muar, Johor pada 18 November 1981. Anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Hobi beliau adalah memancing. Mula menceburi bidang musik bermula menyertai Kumpulan SPIN dan mempunyai 2 buah album bersama SPIN.

Khalis, Vokalis

Nama diberi Muhammad Khalis Bin Md Shari. Di lahirkan di Seremban pada 10 Oktober 1988. Anak ke 8 daripada 10 orang adik beradik dan beliau juga adalah adik kepada penyanyi kumpulan SPIN iaitu Allahyarham Abdilah Murah atau dikenali sebagai Achik SPIN.

Azren, Bassist

Nama diberi Norazren Bin Kamil. Dilahirkan di Hospital Muar, Johor pada 18 Mei 1982. Anak kedua daripada 5 adik beradik. Hobi beliau adalah memancing dan menghias rumah. Mula menceburi bidang musik bermula menyertai Kumpulan SPIN dan mempunyai 2 buah album bersama SPIN.

Aiman, Drummer

Nama diberi Aiman Haqim Bin Mohamad Ramli. Dilahirkan di Hospital Pusat Pakar Perubatan Damansara Damai pada 10 Mei 2004. Anak yang ke 5 daripada 6 adik beradik. Hobi beliau adalah bermain drum, badminton dan menonton wayang. Bakatnya mula dicungkil melalui pertandingan Battle of The Band.

Atan, Keyboardist

Nama diberi Mohd Rohaizad Bin Alfian. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Pilah pada 9 September 1981. Mula menceburi bidang seni bermula menyertai kumpulan SUP sebagai pemain drum.

© 2017 Hakmilik Real Spin

bottom of page